Wednesday 9 October 2019

5 SOALAN BUAT 'COPYWRITING' ANDA SAMPAI PADA SASARAN


Pernah tak anda tertanya "kenapa posting aku ni kurang menarik? salah teknik ke?".

Ada pulak yang guna Facebook Ads, terpaksa berbelanja kos yang tinggi untuk mendapat reach dan engagement yang tinggi tapi Sales masih 'krik-krik'. Ini pun salah teknik juga ker?

Ini sebab bukan anda salah teknik, tapi ayat anda kurang menarik, orang cakap 'ayat tak power'. Ayat tak sampai pada prospek, macam mana prospek yang betul nak beli. Ha tak gitu.

Jadi, sebelum anda menulis anda kena jawab 5 soalan ini dahulu. Baru anda faham siapa prospek anda, dan mesej yang anda ingin sampaikan akan sampai pada orang yang betul. Baru la tak bazir masa. 

Disini saya kongsikan 5 soalan yang harus anda jawab sebelum anda menulis copywriting anda.

.
1️⃣ Kenal pasti siapa pelanggan anda?

Sebelum anda menjual, anda kena kenal dahulu prospek anda. Baru anda akan faham gaya menulis dan emosi yang terlibat.

2️⃣ Bagaimana nak jual pada orang yang betul?

Setelah anda kenal pasti prospek anda, anda harus buat sedikit kajian, bagaimana produk anda harus dipasarkan. Platform yang sesuai juga memainkan peranan penting supaya penulisan anda dapat sampai pada prospek anda.

3️⃣ Apa masalah yang harus anda diselesaikan?

Ini juga adalah soalan yang sangat penting, salah anda pilih masalah, maka pemasaran anda tak akan sampai pada prospek yang anda nak.

4️⃣ Kenapa orang memilih produk/servis anda tawarkan?

Disini anda perlu tulis servis yang anda tawarkan berdasarkan masalah yang anda nak selesaikan tadi.
Servis ni mestilah relevan dengan permasalahan yang dihadapi oleh prospek anda. Jika tidak, macam mana dia nak beli. 

5️⃣ Kenapa orang harus pilih produk/servis anda berbanding pesaing anda?

Ini part yang penting untuk anda menjual bisnes anda pada prospek dan para pelanggan. Tunjukkan kelebihan anda berbanding pesaing-pesaing yang lain. Cipta satu USP (Unic Selling Point) yang menarik, supaya prospek lebih memilih anda berbanding yang lain.

Setelah anda menulis berdasarkan 5 soalan ini, maka hasilnya iklan yang anda buat akan sampai pada prospek yang betul. Menjimatkan masa dan Cepat buat Duit.
.
NAK LAGI TIPS dalam perkongsian saya seterusnya?
.
LIKE & SHARE perkongsian saya ini.
.
Dan jangan lupa LIKE page Minuscule Design & Printing
supaya anda tak terlepas tips² yang akan saya kongsikan pada anda.

No comments:

Post a Comment

BINA JENAMA ANDA DI MUSIM PERAYAAN

Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi 20 hari umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan menunaikam ibadah puasa. ...