Sunday 13 October 2019

'MARKETING' OFFLINE NI BOLEH PAKAI LAGI KE ZAMAN SERBA SERBI ONLINE NI??


'MARKETING' OFFLINE NI BOLEH PAKAI LAGI KE ZAMAN SERBA SERBI ONLINE NI??

'Ala zaman sekarangkan semuanya Online tak payah la buat Offline Marketing ni, bajet besar, bukan semua orang tahu'.

Selalukan dengan rakan-rakan kita yang cakap macam ni? Pastu anda pun down dan terus tak buat pemasaran secara offline.

Ya, tahu zaman sekarang serba serbi online. Nak beli pakaian sampai barang basah dirumah pun semuanya online jer . Tengah hari lapar nak makan pun, online jer . Semua di hujung jari orang kata. Dan hampir 24 juta orang hidup dalam online sekarang ni.

Namun kita jangan anggap yang pemasaran offline ni tak bagus. Bila kita dah salah anggap fungsi pemasaran offline itu sendiri, kita terus tak nak buat pemasaran. Itu salah.

Pemasaran offline sekarang ni MEMBANTU menaikkan 'Jenama' anda. Buat pelanggan lebih yakin dengan kewujudan bisnes anda. Itu pentingnya pemasaran offline untuk memastikan perniagaan anda boleh pergi dengan lebih jauh.

Contoh pemasaran offline paling mudah adalah kad nama. Dengan adanya kad nama perniagaan kita, para pelanggan akan lebih yakin dengan perniagaan kita.

Kesimpulannya pemasaran secara offline ini sangat penting dalam membantu jenama dan perniagaan anda pergi lebih jauh.

Nanti saya akan kongsikan 10 Teknik Pemasaran Offline yang akan melonjakkan Jenama anda sekaligus jualan anda.

Saturday 12 October 2019

BACKDROP UNTUK EVENT


Tugasan yang kami dapat kali ini adalah tugasan rekaan grafik, mencetak backdrop, dan siap dengan pemasangan sekali. 

Kalini client kami ada event di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, sempena Pesta Layang-Layang 2019  baru-baru ini. Tugasan ini kami terima awal seminggu dari event  tersebut. Namun  last minutes  kami menerima sekali dengan tugasan pemasangan, kerana mereka kekurangan kakitangan.

Backdrop ini terbahagi kepada 3 bahagian. Panel tengah yang besar sekali, panel kiri dan panel kanan. Pemasangan dibuat di  booth client kami.

Panel Kiri

Panel Kanan

Jika anda ingin membuat tempahan
Banner, Bunting dan Backdrop,

Kami menawarkan perkhidmatan mulai dari reka bentuk grafik, mencetak dan juga pemasangan.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi :

013-751 2975 (Waktu Pejabat)


  

Friday 11 October 2019

BIG BUNTING DAN PEMASANGAN


BIG BUNTING 25th ANNIVERSARY KPJ PUTERI SPECIALIST HOSPITAL

Dipenghujung Ogos 2018, syarikat kami menerima tempahan pertama dari Hospital Pakar KPJ Puteri, untuk membuat design bunting bagi menyambut ulang tahun Ke-25 KPJ Puteri. Tempahan yang kami terima termasuk dengan pemasangan pada dinding luar KPJ Puteri tersebut.

Bagi kami ini adalah kepercayaan pertama syarikat bertaraf korporat untuk membuat tempahan dengan syarikat kami.



Proses dimulakan dengan pemasangan Hook sebagai tempat untuk mengikat Big Bunting.


Kerja-kerja agak terganggu kerana angin yang kuat di atas.


Cabaran seterusnya adalah awan mendung nak hujan. Tapi dengan izin Allah, hujan tak turun, dan pemasangan diteruskan.


Setelah selesai pemasangan Hook , maka pemasangan big bunting dibuat.


Alhamdulillah proses pemasangan selesai pada jam 6.30 petang.

Jika anda ingin membuat tempahan
Banner, Bunting dan Backdrop,

Kami menawarkan perkhidmatan mulai dari reka bentuk grafik, mencetak dan juga pemasangan.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi :

013-751 2975 (Waktu Pejabat)










Wednesday 9 October 2019

5 SOALAN BUAT 'COPYWRITING' ANDA SAMPAI PADA SASARAN


Pernah tak anda tertanya "kenapa posting aku ni kurang menarik? salah teknik ke?".

Ada pulak yang guna Facebook Ads, terpaksa berbelanja kos yang tinggi untuk mendapat reach dan engagement yang tinggi tapi Sales masih 'krik-krik'. Ini pun salah teknik juga ker?

Ini sebab bukan anda salah teknik, tapi ayat anda kurang menarik, orang cakap 'ayat tak power'. Ayat tak sampai pada prospek, macam mana prospek yang betul nak beli. Ha tak gitu.

Jadi, sebelum anda menulis anda kena jawab 5 soalan ini dahulu. Baru anda faham siapa prospek anda, dan mesej yang anda ingin sampaikan akan sampai pada orang yang betul. Baru la tak bazir masa. 

Disini saya kongsikan 5 soalan yang harus anda jawab sebelum anda menulis copywriting anda.

.
1️⃣ Kenal pasti siapa pelanggan anda?

Sebelum anda menjual, anda kena kenal dahulu prospek anda. Baru anda akan faham gaya menulis dan emosi yang terlibat.

2️⃣ Bagaimana nak jual pada orang yang betul?

Setelah anda kenal pasti prospek anda, anda harus buat sedikit kajian, bagaimana produk anda harus dipasarkan. Platform yang sesuai juga memainkan peranan penting supaya penulisan anda dapat sampai pada prospek anda.

3️⃣ Apa masalah yang harus anda diselesaikan?

Ini juga adalah soalan yang sangat penting, salah anda pilih masalah, maka pemasaran anda tak akan sampai pada prospek yang anda nak.

4️⃣ Kenapa orang memilih produk/servis anda tawarkan?

Disini anda perlu tulis servis yang anda tawarkan berdasarkan masalah yang anda nak selesaikan tadi.
Servis ni mestilah relevan dengan permasalahan yang dihadapi oleh prospek anda. Jika tidak, macam mana dia nak beli. 

5️⃣ Kenapa orang harus pilih produk/servis anda berbanding pesaing anda?

Ini part yang penting untuk anda menjual bisnes anda pada prospek dan para pelanggan. Tunjukkan kelebihan anda berbanding pesaing-pesaing yang lain. Cipta satu USP (Unic Selling Point) yang menarik, supaya prospek lebih memilih anda berbanding yang lain.

Setelah anda menulis berdasarkan 5 soalan ini, maka hasilnya iklan yang anda buat akan sampai pada prospek yang betul. Menjimatkan masa dan Cepat buat Duit.
.
NAK LAGI TIPS dalam perkongsian saya seterusnya?
.
LIKE & SHARE perkongsian saya ini.
.
Dan jangan lupa LIKE page Minuscule Design & Printing
supaya anda tak terlepas tips² yang akan saya kongsikan pada anda.

Tuesday 8 October 2019

4 WAKTU TOP UNTUK POSTING DI FACEBOOK



Kali ni nak kongsi sikit tentang waktu yang paling sesuai untuk buat posting di facebook.
.
 7.00am - 9.00pm - Waktu ni palin sesuai untuk bagi kata-kata motivasi dan positif. Sebab waktu ni mood orang tengah bertenaga. Paling kurang pun ucaplah Salam atau Selamat Pagi.
.
 12.00pm - 3.00pm - Waktu ni kebanyakan orang tengah rehat dan ada yang tengah kerja, so waktu yang mereka ada untuk baca amat suntuk. Disarankan posting ayat-ayat pendek dalam 1 - 2 baris sahaja. Biar padat asal mesej dapat disampaikan.
.
 5.00pm - 7.00pm - Waktu ni biasanya orang balik kerja, tengah layan jem, jadi sila posting yang santai-santai sahaja. Yang kelakar ke, biar mudah hadam.
.
 8.30pm - 12.00am - Waktu sesuai untuk anda SHARE positng ni. Hehe. GUrau jer. Ini waktu orang santai- santai rehat buka facebook. Ni lah waktu yang sesuai anda share tips-tips, atau nak menjual ker.
.
Ha.. apa lagi, tips dah bagi tu, terus buat TINDAKAN, set posting anda di waktu yang sesuai. Barulah posting anda tak jadi krik-krik. Hehe.
.
Data ni dari pemerhatian dan data dari facebook page yang saya kendalikan. Jika nak tahu macam mana saya dapatkan data tersebut, LIKE dan FOLLOW page saya, nanti saya kongsi lagi.
.
NAK LAGI TIPS dalam perkongsian saya seterusnya?
.
LIKE & SHARE perkongsian saya ini. Biar semua orang dapat manfaat yang berterusan.
.
Jangan lupa LIKE page Minuscule Design & Printing
supaya anda tak terlepas tips² yang akan saya kongsikan pada anda.

Monday 7 October 2019

7 KESALAHAN PEMASARAN YANG RAMAI USAHAWAN BUAT.


Ya mungkin apa yang kita buat dalam pemasaran sebelum ini adalah SALAH. Sebab itulah teknik pemasaran kita kurang menjadi, sale pun 'krik-krik'. 


Sini saya kongsikan 7 kesalahan yang sering dibuat usahawan sehingga teknik pemasaran mereka tak menjadi. 
.
 Salah pilih waktu pemasaran.
 Iklan yang tak sampai pada sasaran.
 Cara promosi yang salah
 Data diambil tidak up-to-date
 Hanya menggunakan satu media sahaja untuk beriklan
 Tak pernah mengukur keberkesanan promosi iklan
 Kurang komunikasi dengan pelanggan
.
NAK LAGI TIPS dalam perkongsian saya seterusnya?
.
LIKE & SHARE perkongsian saya ini.
.
Dan jangan lupa LIKE page Minuscule Design & Printing
supaya anda tak terlepas tips² yang akan saya kongsikan pada anda.

Sunday 6 October 2019

MENU



TAHUKAH ANDA ?

Design menu yang cantik dan tersusun juga dapat meningkatkan kepercayaan para pelanggan terhadap bisnes anda.

Jadi, khas untuk para peniaga yang nak buat menu makanan cantik ala restoran terkemuka dengan harga yang mampu dimiliki.

Kami menawarkan servis rekaan grafik untuk menu makanan, minuman dan apa saja untuk perniagaan anda.

Servis yang kami tawarkan adalah bersama cetakan saiz A4 atau A3, siap dengan Hot Lammination. Atau anda boleh pilih untuk di cetak sebagai banner menu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi kami di:

Tel : 013-7512975

Atau klik je link WhatsApp ini :
wasap.my/60137512975/menu

Friday 4 October 2019

PIKAT PELANGGAN DENGAN 3 CARA MUDAH


BEST KAN BILA PELANGGAN TENGOK JE PRODUK TERUS BELI TANPA BANYAK TANYA.
.
EH JAP. ORANG SEBELAH PUN JUAL BENDA YANG SAMA?
TAPI KENAPA PELANGGAN DIA LEBIH RAMAI?
SENANG PULAK TU DIA BUAT CLOSE SALES.
.
PELIK KAN?
Ini yang terjadi bila Pelanggan dah PERCAYA produk/servis kita. Baru tengok jer, dah ada kepercayaan, closing sales pun semakin senang.
.
Nampak macam senang je kan?
Ya memang senang kalau kena gaya dan caranya.
Nak tak saya kongsikan caranya?
.
Tak nak tak pe, lain kali la saya kongsikan. Hehe.
Gurau jer.
.
OK, sini saya nak kongsikan tips secra ringkas apa yang perlu anda buat untuk Pelanggan Percaya pada Produk/Servis anda, dan tanpa banyak cakap, terus hulur duit beli produk/servis anda.
.
Tips ni nampak mudah, tapi jika anda buat dengan konsisten, Insya Allah, pelanggan akan mula percaya pada produk/servis anda dan terus buat pembelian. Sales pun naik, muka pun ada Happy.
.
Formula yang saya guna : Dari MATA turun ke HATI, dan jatuh CINTA.
.
TIPS 1 : MATA (Nampak)
Pelanggan atau bakal pelanggan kena SELALU NAMPAK produk/servis anda. Lagi kerap dia nampak produk/servis anda, lagi tinggi keinginan nak tahu produk/servis anda.
TIPS 2 : HATI (Kenal)
Bila dah ada keinginan nak tahu, maka pelanggan akan mula BERKENALAN dengan produk/servis anda. Inilah part paling penting untuk anda tawan hati pelanggan. Jangan salah langkah. Kalau tak melepaslah anda.
TIPS 3 : CINTA (Suka)
Bahagian ni paling best. Bila dia dah tertawan pada produk/servis anda, pastikan dia suka dan JATUH CINTA pada produk/servis anda. Anda dah tak perlu risau bila pelanggan dan CINTA dengan produk/servis anda, kerana disitu lahirnya KEPERCAYAAN. Maka jagalah dia dengan baik.
.
Ha.. Mudah kan tips yang saya bagi? Apa lagi, terus BERTINDAK. Tawan hati para pelanggan anda. Proses inilah dinamakan BRANDING & MARKETING.

Wednesday 4 September 2019

MARAH KES BUANG HARGA?

Siapa tak marah kan bila ada pesaing baru atau lama sengaja buang harga.

Ini luahan hati yang saya terima dari rakan² saya yang sama² berniaga. Kebanyakan mereka kecewa dan marah bila ada pesaing² yang baru membuang harga hanya kerana mereka berniaga secara suka².

Kita faham 'Market Value' untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu juga akan menentukan 'survival' perniagaan tersebut.

Dan isu ini bukanlah isu yang baru. Soalnya, kenapa ada yang buang harga?

Mungkin mereka berniaga sekadar suka², atau mereka mempunyai modal yang besar dapat beli barang dengan kuantiti yang besar dan jual dgn harga murah, atau mereka memang sengaja nak menjahanamkan harga pasaran supaya hanya mereka yang mengawal pasaran setempat.

Ya, apa yang dapat kita lihat disini adalah, harga pasaran adalah sesuatu yang boleh diganggu gugat dan bukan di dalam kawalan kita.

Habis tu apa yang kita boleh kawal bagi memastikan 'survival' perniagaan kita?

Jom saya bawa anda renung dan berfikir.

Pelanggan yang mudah terpengaruh dengan harga murah adalah bukan pelanggan yang setia.

Pelanggan yang hanya memilih harga yang murah berbanding kualiti produk atau 'servis', adalah bukan pelanggan yang berkualiti bagi kita.

Pernahkah anda terfikir, barangan berjenama yang harganya lebih mahal, tapi ada yang sanggup membelinya.

Ada pulak pelanggan setia mereka yang senantiasa menunggu produk² 'Limited' keluaran berjenama terkenal. 

Tanya pada diri anda, ada tak pelanggan yang setia melanggan produk dan servis anda tanpa melihat tanda harga.

Jadi apa yang harus kita lakukan?

Jawapannya, kita kena bina KEPERCAYAAN (TRUST).

Bina kepercayaan pelanggan kenapa dia harus membeli produk kita.

Bina kepercayaan pelanggan, kenapa dia harus melanggan servis kita.

Macam mana nak bina kepercayaan?

Saya akan kongsikan TIPS² MEMBINA KEPERCAYAAN PELANGGAN dalam perkongsian saya seterusnya

BINA JENAMA ANDA DI MUSIM PERAYAAN

Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi 20 hari umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan menunaikam ibadah puasa. ...