Wednesday 4 September 2019

MARAH KES BUANG HARGA?

Siapa tak marah kan bila ada pesaing baru atau lama sengaja buang harga.

Ini luahan hati yang saya terima dari rakan² saya yang sama² berniaga. Kebanyakan mereka kecewa dan marah bila ada pesaing² yang baru membuang harga hanya kerana mereka berniaga secara suka².

Kita faham 'Market Value' untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu juga akan menentukan 'survival' perniagaan tersebut.

Dan isu ini bukanlah isu yang baru. Soalnya, kenapa ada yang buang harga?

Mungkin mereka berniaga sekadar suka², atau mereka mempunyai modal yang besar dapat beli barang dengan kuantiti yang besar dan jual dgn harga murah, atau mereka memang sengaja nak menjahanamkan harga pasaran supaya hanya mereka yang mengawal pasaran setempat.

Ya, apa yang dapat kita lihat disini adalah, harga pasaran adalah sesuatu yang boleh diganggu gugat dan bukan di dalam kawalan kita.

Habis tu apa yang kita boleh kawal bagi memastikan 'survival' perniagaan kita?

Jom saya bawa anda renung dan berfikir.

Pelanggan yang mudah terpengaruh dengan harga murah adalah bukan pelanggan yang setia.

Pelanggan yang hanya memilih harga yang murah berbanding kualiti produk atau 'servis', adalah bukan pelanggan yang berkualiti bagi kita.

Pernahkah anda terfikir, barangan berjenama yang harganya lebih mahal, tapi ada yang sanggup membelinya.

Ada pulak pelanggan setia mereka yang senantiasa menunggu produk² 'Limited' keluaran berjenama terkenal. 

Tanya pada diri anda, ada tak pelanggan yang setia melanggan produk dan servis anda tanpa melihat tanda harga.

Jadi apa yang harus kita lakukan?

Jawapannya, kita kena bina KEPERCAYAAN (TRUST).

Bina kepercayaan pelanggan kenapa dia harus membeli produk kita.

Bina kepercayaan pelanggan, kenapa dia harus melanggan servis kita.

Macam mana nak bina kepercayaan?

Saya akan kongsikan TIPS² MEMBINA KEPERCAYAAN PELANGGAN dalam perkongsian saya seterusnya

BINA JENAMA ANDA DI MUSIM PERAYAAN

Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi 20 hari umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan menunaikam ibadah puasa. ...