Wednesday 24 March 2021

BINA JENAMA ANDA DI MUSIM PERAYAAN

Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi 20 hari umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan menunaikam ibadah puasa. Tahun ini adalah tahun kedua kita menyambut bulan Ramadhan ketika pandemik Covid19 dan dalam perintah kawalan pergerakan.

Apa yang sukacitanya ialah, Ramadhan kalini akan lebih meriah sikit berbanding tahun lepas. Di mana kerajaan telah membenarkan para peniaga berniaga di bazaar ramadhan dan solat teraweh juga boleh di adakan di masjid-masjid mengikut SOP yang ditetapkan.

Bagi usahawan yang bijak, mereka telah plan strategi jualan dan pemasaran mereka 2 bulan sebelum datangnya bulan ramadhan. Ini akan membuatkan mereka lebih bersedia dalam perniagaan mereka.

Begitu juga dengan plan strategi ketika musim perayaan setelah bulan ramadhan. Usahawan yang berjaya akan mula berfikir plan strategi mereka untuk capai target jualan di musim perayaan nanti.

Jadi, bagaimana dengan anda? Adakah anda telah bersedia dengan plan-plan strategi anda? Apa plan anda untuk capai target jualan raya tahun ini? Apa strategi pemasaran anda supaya pelanggan ingat jenama anda dimusim perayaan?

Janganlah anda melepaskan peluang dimusim perayaan. Plan dari awal, supaya anda lebih bersedia.

Harini saya nak kongsikan 2 cara mudah dan berkesan untuk tanamkan jenama anda dalam hati para pelanggan, dan pastikan mereka sentiasa ingat pada jenama anda.

1. KAD RAYA

Ya, ucapan kad raya nampak seperti perkara kecil, tapi akan memberi impak yang besar pada para pelanggan, tambahan lagi pada pelanggan setia. Mereka akan rasa dihargai, dan sentiasa di ingati. Ingat, teknik pemasaran paling berkesan adalah datang dari mulut pelanggan anda sendiri. 

Sekarang banyak kaedah untuk menghantar kad raya, ada juga yang hanya hantar e-kad raya secara virtual melalui whatsApp atau email. Tapi, teknik yang lebih berkesan adalah dengan menghantar kad raya fizikal. Sebab, kebiasaannya mereka akan hiaskan kad raya diruang tamu atau sudut tertentu, dan ini akan memberi iklan percuma kepada anda.

Untuk anda yang mempunyai pelanggan atau client yang tak ramai, anda boleh hantar kad raya fizikal pada pelanggan. Atau anda boleh memilih hanya pelanggan setia atau hanya pada mereka yang mendaftar menjadi ahli yang akan mendapat kad raya. 


Namun begitu, bagi anda yang kurang budget untuk kos mencetak kad raya, anda boleh juga membuat e-kad raya yang menarik. Hantarkan kepada semua pelanggan dan client anda melalui whatsapp atau email.


Kami juga menawarkan perkhidmatan Tempah Kad Raya dan khidmat design Tempah Poster Raya untuk perniagaan anda.

2. SAMPUL RAYA

Telah menjadi amalan kita umat Islam bersedekah di musim perayaan. Ambil peluang ini untuk cetak jenama anda pada setiap sampul raya. 

Jadikan sampul raya sebagai alat mengiklankan jenama dan perniagaan anda. 

Plan dari awal supaya anda dapat agihkan sampul raya anda lebih awal dibulan puasa ini. Pesan saya, jangan tempah sampul raya saat akhir. Sebab anda mungkin tak sempat nak agihkan kesemuanya pada pelanggan anda, dan ini merugikan anda.

Kami di Minuscule juga telah membuka tempahan sampul raya untuk tahun ini. Dengan lebih 40 design secara percuma untuk anda pilih. 

Buat tempahan awal, supaya sampul raya anda siap cepat dengan harga yang lebih murah. 

Dengan 2 tips yang kami kongsikan kalini dapat membantu anda dalam plan strategi pemasaran untuk bisnes dan jenama anda. 

Wednesday 17 March 2021

3 PUNCA ANDA TERJEBAK DENGAN PERANG HARGA

Tahun 2021 kali ini sangat mencabar bagi para usahawan. Dengan cabaran pandemik Covid-19, kita di uji pula dengan cabaran kemelesetan ekonomi dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Banyak juga perniagaan yang terpaksa menutup operasi kerana dah tak mampu menanggung kos penyelenggaraan seperti pekerja, sewa kedai dan lain-lain.

Hal ini berbeza pula dengan industri kecik dan sederhana (IKS) dimana ianya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ini mungkin dari faktor ekonomi yang dimana pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja terpaksa mencari rezeki dengan cara berniaga.

Ya, ianya satu yang positif bilamana ramai yang berniaga, ekonomi kita akan mula akan pulih.

Tapi, bagi mereka yang telah lama berniaga atau usahawan sedia ada, perkara ini boleh menimbulkan persaingan. Dimana pesaing-pesaing baru telah masuk dalam industri mereka, dan menjadikan industri ini lebih mencabar.

Kehadiran pesaing-pesaing baru akan mencetuskan Perang Harga. Ada baik dan buruknya perang harga ni. Tapi bagi jangkamasa lama atau 'survival' perniagaan itu sendiri, perang harga adalah punca utama perniagaan mereka akan terkubur. 

Jadi, harini saya kongsikan 3 punca utama kenapa ramai usahawan atau peniaga boleh terjebak dalam perang harga.

1. MINDSET

Mindset yang hanya berfikir pelanggan akan membeli produk/servis yang murah

2. CARA PEMASARAN

Tidak kenal sasaran audien yang betul dan menggunakan kaedah pemasaran yang salah atau sekadar ikut-ikutan.

3. 'PRICE OVER VALUE'

Meletakkan harga melebihi nilai yang pelanggan akan dapat.

Dapat sesuatu?

Oleh : Tn Safwan Halim

👉🏻 Subscribe Telegram Channel Tn Safwan Halim

#safwanhalim #minusculeJB

Sunday 13 October 2019

'MARKETING' OFFLINE NI BOLEH PAKAI LAGI KE ZAMAN SERBA SERBI ONLINE NI??


'MARKETING' OFFLINE NI BOLEH PAKAI LAGI KE ZAMAN SERBA SERBI ONLINE NI??

'Ala zaman sekarangkan semuanya Online tak payah la buat Offline Marketing ni, bajet besar, bukan semua orang tahu'.

Selalukan dengan rakan-rakan kita yang cakap macam ni? Pastu anda pun down dan terus tak buat pemasaran secara offline.

Ya, tahu zaman sekarang serba serbi online. Nak beli pakaian sampai barang basah dirumah pun semuanya online jer . Tengah hari lapar nak makan pun, online jer . Semua di hujung jari orang kata. Dan hampir 24 juta orang hidup dalam online sekarang ni.

Namun kita jangan anggap yang pemasaran offline ni tak bagus. Bila kita dah salah anggap fungsi pemasaran offline itu sendiri, kita terus tak nak buat pemasaran. Itu salah.

Pemasaran offline sekarang ni MEMBANTU menaikkan 'Jenama' anda. Buat pelanggan lebih yakin dengan kewujudan bisnes anda. Itu pentingnya pemasaran offline untuk memastikan perniagaan anda boleh pergi dengan lebih jauh.

Contoh pemasaran offline paling mudah adalah kad nama. Dengan adanya kad nama perniagaan kita, para pelanggan akan lebih yakin dengan perniagaan kita.

Kesimpulannya pemasaran secara offline ini sangat penting dalam membantu jenama dan perniagaan anda pergi lebih jauh.

Nanti saya akan kongsikan 10 Teknik Pemasaran Offline yang akan melonjakkan Jenama anda sekaligus jualan anda.

Saturday 12 October 2019

BACKDROP UNTUK EVENT


Tugasan yang kami dapat kali ini adalah tugasan rekaan grafik, mencetak backdrop, dan siap dengan pemasangan sekali. 

Kalini client kami ada event di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, sempena Pesta Layang-Layang 2019  baru-baru ini. Tugasan ini kami terima awal seminggu dari event  tersebut. Namun  last minutes  kami menerima sekali dengan tugasan pemasangan, kerana mereka kekurangan kakitangan.

Backdrop ini terbahagi kepada 3 bahagian. Panel tengah yang besar sekali, panel kiri dan panel kanan. Pemasangan dibuat di  booth client kami.

Panel Kiri

Panel Kanan

Jika anda ingin membuat tempahan
Banner, Bunting dan Backdrop,

Kami menawarkan perkhidmatan mulai dari reka bentuk grafik, mencetak dan juga pemasangan.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi :

013-751 2975 (Waktu Pejabat)


  

Friday 11 October 2019

BIG BUNTING DAN PEMASANGAN


BIG BUNTING 25th ANNIVERSARY KPJ PUTERI SPECIALIST HOSPITAL

Dipenghujung Ogos 2018, syarikat kami menerima tempahan pertama dari Hospital Pakar KPJ Puteri, untuk membuat design bunting bagi menyambut ulang tahun Ke-25 KPJ Puteri. Tempahan yang kami terima termasuk dengan pemasangan pada dinding luar KPJ Puteri tersebut.

Bagi kami ini adalah kepercayaan pertama syarikat bertaraf korporat untuk membuat tempahan dengan syarikat kami.



Proses dimulakan dengan pemasangan Hook sebagai tempat untuk mengikat Big Bunting.


Kerja-kerja agak terganggu kerana angin yang kuat di atas.


Cabaran seterusnya adalah awan mendung nak hujan. Tapi dengan izin Allah, hujan tak turun, dan pemasangan diteruskan.


Setelah selesai pemasangan Hook , maka pemasangan big bunting dibuat.


Alhamdulillah proses pemasangan selesai pada jam 6.30 petang.

Jika anda ingin membuat tempahan
Banner, Bunting dan Backdrop,

Kami menawarkan perkhidmatan mulai dari reka bentuk grafik, mencetak dan juga pemasangan.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi :

013-751 2975 (Waktu Pejabat)










Wednesday 9 October 2019

5 SOALAN BUAT 'COPYWRITING' ANDA SAMPAI PADA SASARAN


Pernah tak anda tertanya "kenapa posting aku ni kurang menarik? salah teknik ke?".

Ada pulak yang guna Facebook Ads, terpaksa berbelanja kos yang tinggi untuk mendapat reach dan engagement yang tinggi tapi Sales masih 'krik-krik'. Ini pun salah teknik juga ker?

Ini sebab bukan anda salah teknik, tapi ayat anda kurang menarik, orang cakap 'ayat tak power'. Ayat tak sampai pada prospek, macam mana prospek yang betul nak beli. Ha tak gitu.

Jadi, sebelum anda menulis anda kena jawab 5 soalan ini dahulu. Baru anda faham siapa prospek anda, dan mesej yang anda ingin sampaikan akan sampai pada orang yang betul. Baru la tak bazir masa. 

Disini saya kongsikan 5 soalan yang harus anda jawab sebelum anda menulis copywriting anda.

.
1️⃣ Kenal pasti siapa pelanggan anda?

Sebelum anda menjual, anda kena kenal dahulu prospek anda. Baru anda akan faham gaya menulis dan emosi yang terlibat.

2️⃣ Bagaimana nak jual pada orang yang betul?

Setelah anda kenal pasti prospek anda, anda harus buat sedikit kajian, bagaimana produk anda harus dipasarkan. Platform yang sesuai juga memainkan peranan penting supaya penulisan anda dapat sampai pada prospek anda.

3️⃣ Apa masalah yang harus anda diselesaikan?

Ini juga adalah soalan yang sangat penting, salah anda pilih masalah, maka pemasaran anda tak akan sampai pada prospek yang anda nak.

4️⃣ Kenapa orang memilih produk/servis anda tawarkan?

Disini anda perlu tulis servis yang anda tawarkan berdasarkan masalah yang anda nak selesaikan tadi.
Servis ni mestilah relevan dengan permasalahan yang dihadapi oleh prospek anda. Jika tidak, macam mana dia nak beli. 

5️⃣ Kenapa orang harus pilih produk/servis anda berbanding pesaing anda?

Ini part yang penting untuk anda menjual bisnes anda pada prospek dan para pelanggan. Tunjukkan kelebihan anda berbanding pesaing-pesaing yang lain. Cipta satu USP (Unic Selling Point) yang menarik, supaya prospek lebih memilih anda berbanding yang lain.

Setelah anda menulis berdasarkan 5 soalan ini, maka hasilnya iklan yang anda buat akan sampai pada prospek yang betul. Menjimatkan masa dan Cepat buat Duit.
.
NAK LAGI TIPS dalam perkongsian saya seterusnya?
.
LIKE & SHARE perkongsian saya ini.
.
Dan jangan lupa LIKE page Minuscule Design & Printing
supaya anda tak terlepas tips² yang akan saya kongsikan pada anda.

Tuesday 8 October 2019

4 WAKTU TOP UNTUK POSTING DI FACEBOOK



Kali ni nak kongsi sikit tentang waktu yang paling sesuai untuk buat posting di facebook.
.
 7.00am - 9.00pm - Waktu ni palin sesuai untuk bagi kata-kata motivasi dan positif. Sebab waktu ni mood orang tengah bertenaga. Paling kurang pun ucaplah Salam atau Selamat Pagi.
.
 12.00pm - 3.00pm - Waktu ni kebanyakan orang tengah rehat dan ada yang tengah kerja, so waktu yang mereka ada untuk baca amat suntuk. Disarankan posting ayat-ayat pendek dalam 1 - 2 baris sahaja. Biar padat asal mesej dapat disampaikan.
.
 5.00pm - 7.00pm - Waktu ni biasanya orang balik kerja, tengah layan jem, jadi sila posting yang santai-santai sahaja. Yang kelakar ke, biar mudah hadam.
.
 8.30pm - 12.00am - Waktu sesuai untuk anda SHARE positng ni. Hehe. GUrau jer. Ini waktu orang santai- santai rehat buka facebook. Ni lah waktu yang sesuai anda share tips-tips, atau nak menjual ker.
.
Ha.. apa lagi, tips dah bagi tu, terus buat TINDAKAN, set posting anda di waktu yang sesuai. Barulah posting anda tak jadi krik-krik. Hehe.
.
Data ni dari pemerhatian dan data dari facebook page yang saya kendalikan. Jika nak tahu macam mana saya dapatkan data tersebut, LIKE dan FOLLOW page saya, nanti saya kongsi lagi.
.
NAK LAGI TIPS dalam perkongsian saya seterusnya?
.
LIKE & SHARE perkongsian saya ini. Biar semua orang dapat manfaat yang berterusan.
.
Jangan lupa LIKE page Minuscule Design & Printing
supaya anda tak terlepas tips² yang akan saya kongsikan pada anda.

BINA JENAMA ANDA DI MUSIM PERAYAAN

Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi 20 hari umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan menunaikam ibadah puasa. ...