Wednesday 17 March 2021

3 PUNCA ANDA TERJEBAK DENGAN PERANG HARGA

Tahun 2021 kali ini sangat mencabar bagi para usahawan. Dengan cabaran pandemik Covid-19, kita di uji pula dengan cabaran kemelesetan ekonomi dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Banyak juga perniagaan yang terpaksa menutup operasi kerana dah tak mampu menanggung kos penyelenggaraan seperti pekerja, sewa kedai dan lain-lain.

Hal ini berbeza pula dengan industri kecik dan sederhana (IKS) dimana ianya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ini mungkin dari faktor ekonomi yang dimana pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja terpaksa mencari rezeki dengan cara berniaga.

Ya, ianya satu yang positif bilamana ramai yang berniaga, ekonomi kita akan mula akan pulih.

Tapi, bagi mereka yang telah lama berniaga atau usahawan sedia ada, perkara ini boleh menimbulkan persaingan. Dimana pesaing-pesaing baru telah masuk dalam industri mereka, dan menjadikan industri ini lebih mencabar.

Kehadiran pesaing-pesaing baru akan mencetuskan Perang Harga. Ada baik dan buruknya perang harga ni. Tapi bagi jangkamasa lama atau 'survival' perniagaan itu sendiri, perang harga adalah punca utama perniagaan mereka akan terkubur. 

Jadi, harini saya kongsikan 3 punca utama kenapa ramai usahawan atau peniaga boleh terjebak dalam perang harga.

1. MINDSET

Mindset yang hanya berfikir pelanggan akan membeli produk/servis yang murah

2. CARA PEMASARAN

Tidak kenal sasaran audien yang betul dan menggunakan kaedah pemasaran yang salah atau sekadar ikut-ikutan.

3. 'PRICE OVER VALUE'

Meletakkan harga melebihi nilai yang pelanggan akan dapat.

Dapat sesuatu?

Oleh : Tn Safwan Halim

👉🏻 Subscribe Telegram Channel Tn Safwan Halim

#safwanhalim #minusculeJB

No comments:

Post a Comment

BINA JENAMA ANDA DI MUSIM PERAYAAN

Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi 20 hari umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan menunaikam ibadah puasa. ...