Wednesday 24 March 2021

BINA JENAMA ANDA DI MUSIM PERAYAAN

Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi 20 hari umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan menunaikam ibadah puasa. Tahun ini adalah tahun kedua kita menyambut bulan Ramadhan ketika pandemik Covid19 dan dalam perintah kawalan pergerakan.

Apa yang sukacitanya ialah, Ramadhan kalini akan lebih meriah sikit berbanding tahun lepas. Di mana kerajaan telah membenarkan para peniaga berniaga di bazaar ramadhan dan solat teraweh juga boleh di adakan di masjid-masjid mengikut SOP yang ditetapkan.

Bagi usahawan yang bijak, mereka telah plan strategi jualan dan pemasaran mereka 2 bulan sebelum datangnya bulan ramadhan. Ini akan membuatkan mereka lebih bersedia dalam perniagaan mereka.

Begitu juga dengan plan strategi ketika musim perayaan setelah bulan ramadhan. Usahawan yang berjaya akan mula berfikir plan strategi mereka untuk capai target jualan di musim perayaan nanti.

Jadi, bagaimana dengan anda? Adakah anda telah bersedia dengan plan-plan strategi anda? Apa plan anda untuk capai target jualan raya tahun ini? Apa strategi pemasaran anda supaya pelanggan ingat jenama anda dimusim perayaan?

Janganlah anda melepaskan peluang dimusim perayaan. Plan dari awal, supaya anda lebih bersedia.

Harini saya nak kongsikan 2 cara mudah dan berkesan untuk tanamkan jenama anda dalam hati para pelanggan, dan pastikan mereka sentiasa ingat pada jenama anda.

1. KAD RAYA

Ya, ucapan kad raya nampak seperti perkara kecil, tapi akan memberi impak yang besar pada para pelanggan, tambahan lagi pada pelanggan setia. Mereka akan rasa dihargai, dan sentiasa di ingati. Ingat, teknik pemasaran paling berkesan adalah datang dari mulut pelanggan anda sendiri. 

Sekarang banyak kaedah untuk menghantar kad raya, ada juga yang hanya hantar e-kad raya secara virtual melalui whatsApp atau email. Tapi, teknik yang lebih berkesan adalah dengan menghantar kad raya fizikal. Sebab, kebiasaannya mereka akan hiaskan kad raya diruang tamu atau sudut tertentu, dan ini akan memberi iklan percuma kepada anda.

Untuk anda yang mempunyai pelanggan atau client yang tak ramai, anda boleh hantar kad raya fizikal pada pelanggan. Atau anda boleh memilih hanya pelanggan setia atau hanya pada mereka yang mendaftar menjadi ahli yang akan mendapat kad raya. 


Namun begitu, bagi anda yang kurang budget untuk kos mencetak kad raya, anda boleh juga membuat e-kad raya yang menarik. Hantarkan kepada semua pelanggan dan client anda melalui whatsapp atau email.


Kami juga menawarkan perkhidmatan Tempah Kad Raya dan khidmat design Tempah Poster Raya untuk perniagaan anda.

2. SAMPUL RAYA

Telah menjadi amalan kita umat Islam bersedekah di musim perayaan. Ambil peluang ini untuk cetak jenama anda pada setiap sampul raya. 

Jadikan sampul raya sebagai alat mengiklankan jenama dan perniagaan anda. 

Plan dari awal supaya anda dapat agihkan sampul raya anda lebih awal dibulan puasa ini. Pesan saya, jangan tempah sampul raya saat akhir. Sebab anda mungkin tak sempat nak agihkan kesemuanya pada pelanggan anda, dan ini merugikan anda.

Kami di Minuscule juga telah membuka tempahan sampul raya untuk tahun ini. Dengan lebih 40 design secara percuma untuk anda pilih. 

Buat tempahan awal, supaya sampul raya anda siap cepat dengan harga yang lebih murah. 

Dengan 2 tips yang kami kongsikan kalini dapat membantu anda dalam plan strategi pemasaran untuk bisnes dan jenama anda. 

Wednesday 17 March 2021

3 PUNCA ANDA TERJEBAK DENGAN PERANG HARGA

Tahun 2021 kali ini sangat mencabar bagi para usahawan. Dengan cabaran pandemik Covid-19, kita di uji pula dengan cabaran kemelesetan ekonomi dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Banyak juga perniagaan yang terpaksa menutup operasi kerana dah tak mampu menanggung kos penyelenggaraan seperti pekerja, sewa kedai dan lain-lain.

Hal ini berbeza pula dengan industri kecik dan sederhana (IKS) dimana ianya tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Ini mungkin dari faktor ekonomi yang dimana pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja terpaksa mencari rezeki dengan cara berniaga.

Ya, ianya satu yang positif bilamana ramai yang berniaga, ekonomi kita akan mula akan pulih.

Tapi, bagi mereka yang telah lama berniaga atau usahawan sedia ada, perkara ini boleh menimbulkan persaingan. Dimana pesaing-pesaing baru telah masuk dalam industri mereka, dan menjadikan industri ini lebih mencabar.

Kehadiran pesaing-pesaing baru akan mencetuskan Perang Harga. Ada baik dan buruknya perang harga ni. Tapi bagi jangkamasa lama atau 'survival' perniagaan itu sendiri, perang harga adalah punca utama perniagaan mereka akan terkubur. 

Jadi, harini saya kongsikan 3 punca utama kenapa ramai usahawan atau peniaga boleh terjebak dalam perang harga.

1. MINDSET

Mindset yang hanya berfikir pelanggan akan membeli produk/servis yang murah

2. CARA PEMASARAN

Tidak kenal sasaran audien yang betul dan menggunakan kaedah pemasaran yang salah atau sekadar ikut-ikutan.

3. 'PRICE OVER VALUE'

Meletakkan harga melebihi nilai yang pelanggan akan dapat.

Dapat sesuatu?

Oleh : Tn Safwan Halim

👉🏻 Subscribe Telegram Channel Tn Safwan Halim

#safwanhalim #minusculeJB

BINA JENAMA ANDA DI MUSIM PERAYAAN

Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi 20 hari umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan menunaikam ibadah puasa. ...